Dulu, sering aku menyendiri
Mengangankan mimpi indahku sendiri
Hingga realiti membawanya pergi
tapi kini, aku masih ingin bermimpi
dan aku takkan membiarkan ia pergi
Dulu, sering aku terfikir
apa akan terjadi jika aku "pergi"
apa ada yang akan menangisi?
apa ada yang akan merindui?
apa ada yang akan menyesali?
Akan tetapi, aku mulai mengerti
Aku perlu tabah menghadapi
Dulu, sering aku tertanya-tanya
kenapa kehilangan seseorang boleh membuat kita hilang arah?
Kini aku mengerti, setelah perginya seseorang yang aku kasihi
dan aku makin mengerti pabila sahabatku juga,
satu persatu mulai pergi berjumpa dengan Ilahi
Gelak tawa, gurau senda, kata kasar, semua menjadi kenangan
Tiada lagi memori untuk dicipta bersama
Dulu, mungkin aku akan terus tenggelam
Hanyut dibawa perasaanku sendiri
Tapi kini, aku sedar
aku perlu tabah demi yang masih ada
Demi yang masih menyayangi, demi yang masih memahami
Demi yang masih merindui
Akanku tempuhi dan harungi kerana jalan ini
akan menjadikan siapa diriku nanti
-naraj©2010-

0 letters of shadows:
Post a Comment